Thursday, 10 October 2013

Urusniga Penjualan Tanah Di Janda Baik


Add caption
Hari ini ialah hari Sabtu bertarikh 5 Okt 2013. Hari ini mungkin juga hari yang mencipta sejarah tersendiri. Pagi2 lagi aku sudah bangun selain mahu bersolat subuh aku juga nak bersiap-siap nak pergi ke Janda Baik tempat pertemuan satu urusniaga Jual Tanah antara wakil waris dan pembeli. Aku ditemani oleh Abg Sidek, abang kandung aku yang berlainan bapa baru sampai dari Muadzam Shah Pahang juga turut serta dalam perbincangan tersebut. Setelah berhias diri aku dan Abg Sidek terus beredar keluar dari untuk pekena breakfast dulu. Aku dan abg aku pekena breakfast di sebuah gerai bawah pokok dekat blok 4 PPR Seri Alam. Makanan di sini pada aku memang kena pada tekak aku atau selera aku sebab itu bawak abg ngah makan kat situ. AKu ambil 4 biji kueh meehon + mee goreng dan teh O dan abg ngah nasi lemak lauk telor mata serta kopi O. Harganhya RM 7.60. Lumayan. Selesai minum kami terus berangkat menuju ke rumah Teh Masitah di Sri Gombak Fasa 1. Sembang-sembang lebih kurang kami berangkat pulak ke Janda Baik. Pada mulanya aku dan abg ngah saja yang pergi disamping nk mengajak Teh Masitah, tapi lain pulak jadinya iaitu Epol, Rubi dan 4 anaknya pulak ikiut serta. Bagus juga depa pergi sebab kereta yang akan kami naiki kereta Cherry dan baru pulak. Kereta Waja aku sudah agak lama dan ball-bearing roda perlu diganti dengan yang baru. Kami bertolak dari Sri Gombak sekitar 10 pagi. Sebaik sampai di ka
wasan rehat Bukit Tinggi, kami berehat sebentar sementara menunggu rombongan dari Kuantan terdiri dari Along Samah dan isteri, Tajudin dan isteri dan anak, Amy dan huby dan anak, Zamri dan Baki.Tepat pukul 1130 am rombongan tersebut sampai di tempat berkumpul tersebut, kami terus bergerak ke lokasi sebenar. Tempat perjumpaan tersebut ialah di rumah sepupu Along Samah terletak di hujung kampong dan tepi sungai yang mengalir dsri bukit-bukit di celah gunung Janda Baik. Udara nyaman dan dingin umpama di Cameron Highland dan angin sepoi bahasa menyambut ketibaan kami semua. Di hadapan rumahnya disediakan "chalet" untuk kemudahan berkelah di hujung minggu dengan bayaran RM20.00 satu hari. Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk memuktamatkan persetujuan antara waris dengan Pembeli. Pihak pembeli ditemani bersama seorang peguam dan seorang juruukur atau serveyor. Pihak pembeli telah memutuskan bahawa tanah tersebut melebihi satu ekar i.aitu 1.1 ekar ini bermakna tanah tersebut di tukar dari tanah pertanian kepada tanah komersel.. Harga di tetap Kan sebanyak RM350 ribu satu ekar. Perihal selanjutnya berkenaan tanah tersebut seperti berikut. Penjualan tanah arwah aki Mat Amin bin Itam yg merupakan toki aku dan orang tua kepada awrwah ibu ku iaitu Sunah bt Mt Amin Harta Pusaka arwah aki ini terlalu ramai waris iaitu kira 25 orang. Arwah aki berkahwin dengan orang Kemahang bernama Wan jemah meninggalkan satu orang anak lelaki bernama Mohd bin Mat Amin dan dua perempuan, masing2 bernama Hajah Wok bte Mat dan Hajah Sunah bte Mat Amin. Arwah aki berkahwin lagi dengan warga Janda Baik bernama Wan Yam meninggalkan tiga orang anak perempuan, masing-masing bernama Zalfah bte Mat Amin, Habibah bte Mat Amin dan Siti Mon bte Mat Amin. Mereka semua sudah meninggal dunia dan mempunyai anak seperti berikut: a. MOhd bin Mat Amin - 7 anak b. Sunah bte Mat Amin - 8 anak c. Wok bte Mat Amin - Tiada anak d. Zalfah bte Mat Amin - Tidak diketahui e. Habibah bte Mat Amin - 1 anak f. Siti Mon bte Mat Amin - 5 anak
Kami terdiri dari semua waris dan pembeli pada dasarnya bersetuju dengan urusniaga tersebut dan akan membayar 10% dari harga 1.1 ekar dalm masa satu bulan dari sekarang iaitu selepas selesai urusan tukar nama Along Samah, Tajudin dam Amy ke dalam geran. Mengikut persetujuan aweal, baki bayaran akan dibayar selewat-lewat awal Jan 2014, setiap orang dijangka akan memperolehi sekitar RM7-8 ribu. Dan berdoa agar urusniaga ini berhasil < !--more--></

1 comment:

  1. Weh,nyang kmeh ada bl0g..tahniah2.kme pun xreti wt bl0g.cnggeh weh

    ReplyDelete