Mereka di atas adalah famili kakak aku semasa masih muda. Aku pernah tinggal bersama dengan mereka di Bandar Raub Pahang. Selepas itu mereka berpindah ke Rompin Pahang, aku pun turut serta. Di Bandar Rompin suasana agak berlainan. Aku boleh tengok laut lepas, nelayan memukat ikan dan berbagai-bagai aktiviti pantai. Mereka tinggal di kuarters kastam berhadapan dengan pantai yang menghadap Laut China Selatan. Disana bermula satu kehidupan baru dari seorang budak kampong menjadi budak bandar...
No comments:
Post a Comment